Monday, December 6, 2010

Rajagobal, pemain berkecamuk

2010/12/07

SAFEE turut cedera ketika  menentang Thailand tiga hari lalu.
SAFEE turut cedera ketika menentang Thailand tiga hari lalu.
Ramai anak buah cedera, ‘bimbang’ aksi di Jakarta

MINDA anak didik K Rajagobal harus berkecamuk ketika ini.
Pertama, mereka perlu menang ke atas Laos di Stadium Jaka Baring, Palembang, malam ini andai mahu layak ke separuh akhir Piala Suzuki AFF dan kedua ‘gangguan fikiran’ terarah ke Jakarta, memikirkan kesudahan perlawanan di antara Indonesia dan Thailand.

Hakikat itu amat diakui pengendali skuad negara itu yang mengharapkan Indonesia akan tetap mempamer aksi sama sepanjang dua pertemuan menentang Malaysia dan Laos sebelum ini.

“Memang kami sendiri akan cuba menang ke atas Laos tetapi kami juga berharap Indonesia akan bermain betul-betul sewaktu bertemu Thailand nanti. Kalau Thailand menang, impian kita atau Laos untuk layak ke separuh akhir juga pasti berkubur,” kata Rajagobal.

Malaysia dan Laos masing-masing mengumpul satu mata hasil dua perlawanan setakat ini dan bakal tersingkir jika Indonesia seperti dibimbangkan ‘berpakat’ dengan Thailand di Jakarta. Thailand bakal mengumpul lima mata andai menang dan bergelar naib juara Kumpulan A di belakang Indonesia.

Tambah perit, empat tonggak – Mohd Safee Sali, Amirulhadi Zainal, Asraruddin Putra Omar dan Razman Roslan pula menghadirkan duka tambahan buat Rajagobal apabila mengadu kesakitan selepas seri 0-0 menentang Thailand, tiga hari lalu.
Bharian

No comments:

Post a Comment