Asraruddin Putra (kanan) dilanda demam.
Tugas lebih berat saingan separuh akhir
PULANG ke tanah air malam tadi selepas membawa Malaysia sebagai naib juara Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010, jurulatih K Rajagobal berdepan tugas lebih berat untuk mempersiapkan pasukan menghadapi saingan separuh akhir, Rabu depan.
“Dan saya sedar untuk menghadapi lawan separuh akhir, sama ada Filipina, Singapura atau Vietnam, kami perlu meningkatkan lagi prestasi,” katanya, semalam.
Di sebalik kemenangan membanggakan mengatasi Laos 5-1 kelmarin, Rajagobal mengakui dia tidak senang duduk menjelang wisel penamat ketika aksi terakhir kumpulan di Palembang, kelmarin kerana berkecamuk memikirkan apakah keputusan pertemuan Indonesia-Thailand yang diadakan serentak di Jakarta.
“Kami menerima maklumat sepanjang perlawanan kami dan hanya pada beberapa minit terakhir, kami mendapat tahu Indonesia mendahului dan menang, dan kami mara,” katanya merujuk kepada kemenangan 2-1 Indonesia hasil dua sepakan penalti lewat permainan oleh Bambang Pamungkas.
“Sudah tentu kami gembira tetapi kami sekarang saya akan melihat senarai kecederaan pemain dan siapa lawan di separuh akhir,” katanya yang berusaha mahu membawa negara ke final buat kali pertama selepas kali terakhir Malaysia tewas dalam edisi pertama kepada Thailand pada 1996
Bharian Online
No comments:
Post a Comment