2010/12/08
PEMAIN Indonesia, Tony Sucipto (kanan) bertembung dengan pemain Thailand, Kirati Keawsombut dalam saingan di Jakarta, malam tadi. Tuan rumah menang 2-1.
MALAYSIA gah layak ke separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF selepas membelasah Laos 5-1, malam tadi tetapi anak didik K Rajagobal harus berterima kasih kepada Bambang Pamungkas dalam mengesahkan tiket mereka ke kelompok empat terakhir bagi edisi 2010.
Skuad negara yang beraksi di Palembang mengesahkan kemenangan besar itu menerusi dua jaringan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-4 dan 41, Mohd Amirulhadi Zainal (m-74), Nurshahrul Idlan Talaha (m-77) dan Mahalli Jasuli (m-90).
Saingan separuh akhir pada 15 Disember ini, skuad negara selaku naib juara kumpulan akan menentang juara Kumpulan B yang hanya diketahui, hari ini ketika Filipina, Singapura dan Vietnam masing-masing ada peluang untuk layak.
No comments:
Post a Comment