Saturday, December 4, 2010

Kembali bernafas

pix_gal0
Masih berpeluang ke separuh akhir selepas ikat Thailand

SKUAD bola sepak negara kembali menghidupkan peluang dalam saingan Piala Suzuki AFF apabila berjaya mengikat Thailand 0-0 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta petang semalam.
Pungutan satu mata dalam pertembungan misi hidup mati itu sekurang-kurangnya mengembalikan moral dan semangat skuad bimbi­ngan K Rajagobal selepas dibelasah tuan rumah, Indonesia 1-5 dalam perlawanan pembukaan, Rabu lalu.
Justeru, mereka tiada pilihan selain menewaskan Laos dalam perlawanan terakhir Kumpulan A, Selasa ini, sambil mengharapkan Indonesia dan Thailand seri yang sudah cukup buat anak buah Rajagobal meloloskan diri ke separuh akhir.

Dalam perlawanan semalam, Rajagobal membuat pertukaran dengan menggantikan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee Ramli dengan Khairul Fahmi Che Mat dan ternyata percaturan itu tepat apabila penjaga gawang Kelantan yang dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik Liga Malaysia itu menyelamatkan beberapa berjaya bahaya lawan.

Separuh masa pertama jelas dikuasai skuad bimbingan Bryan Robson yang melakukan 11 percubaan dengan skuad negara hanya mampu membuat satu percubaan lemah oleh Norshahrul Idlan Talaha seminit sebelum tamat permainan.

Begitupun, skuad negara tampil berbeza di separuh masa kedua apabila berjaya mengimbangi rentak permainan Thailand dengan beberapa percubaan menerusi K Kunanlan minit ke-62, Norshahrul (m-65) dan Amri Yahyah (m-76), tetapi semuanya gagal menembusi gawang lawan

Bharian Online

No comments:

Post a Comment