- Keputusan muktamad MALAYSIA 1-5 INDONESIA setelah 4 minit masa tambahan. Perlawanan yang lagi sukar bagi Malaysia menentang Thailand hari Sabtu ini @4 Disember 2010 pukul 6.00 pm, Malaysia perlu menang menentang Thailand untuk membuka peluang ke pusingan seterusnya
- 93": Gol kelima buat Indonesia dijaringkan oleh Irfan
- Tinggal lagi 2 minit permainan, nampaknya permulaan yang baik untuk Indonesia. Sebelum ini Thailand seri 2-2 dengan Laos
- Tinggal 20 minit lagi permainan dan Malaysia terus membuat serangan tetapi pertahanan Indonesia kelihatan lebih kental
- 62": Pertukaran buat Malaysia:
- Out: Mohd Razman dan Abdul Shukur
- In: Mohamad Ashari dan Amar Rohidan
- 57": Penjaga gol Malaysia tidak menangkap dengan kemas tetapi nasib baik gol tidak bertambah buat Indonesia. I think Rajagopal perlu buat pertukaran. We want Khairul Fahmi
- 53" dan 55": Cubaan yang baik oleh Mohd Amirulhadi dan Norshahrul tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia
- 52": Gol oleh Muhammad Ridwan (Indonesia) menjadikan Malaysia 1-3 Indonesia, pertahanan yang teruk oleh Malaysia
- Separuh masa kedua baru sahaja bermula. Nampaknya Cristian Gonzales menjadi nadi kepada pasukan Indonesia. By the way pemain yang berasal dari Uruguay baru sahaja menjadi warganegara Indonesia pada 1 November 2010
- Perlawanan separuh masa pertama tamat setelah 1 minit masa tambahan. Malaysia perlu perbaiki di bahagian pertahanan untuk mendapat kemenangan
- 41": Safiq Rahim (Malaysia) dikenakan kad kuning pertama pada perlawanan malam ini
- 38": Sayang jaringan Mohd Safee tidak dikira kerana ianya nyata offside
- 31": Gonzales menjaringkan gol buat Indonesia, nampaknya pemain pertahanan kena lebih bekerja keras
- 20": Gol penyamaan oleh Indonesia hasil daripada rembatan Cristian Gonzales tetapi kena kaki pemain Malaysia, Mohd Asraruddin (gol sendiri) dan gol buat Indonesia
- 18": Norshahrul menjaringkan gol pembukaan buat Malaysia setelah mendapat hantaran cantik daripada Mohd Safee
- Setelah 10 minit permainan, Indonesia lebih menguasai permainan
- Indonesia melancarkan serangan seawal minit ke-3 tetapi ianya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia
- Perlawanan baru sahaja dimulakan tepat pukul 8.30 malam
Previous Entry
Keputusan Live Malaysia vs Indonesia: Piala Suzuki AFF 2010 (1 Disember 2010) akan diketahui setelah permainan dimulakan pada pukul 8.25 malam (waktu Malaysia) dan disiarkan secara langsung di Astro StarSports channel 813.
http://sharinginfoz.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment