RAJAGOBAL (kanan) menghadapi masalah kerana pemain utamanya cedera untuk menghadapi Thailand, hari ini.
Secara terus terang, pengendali yang baru pulang membimbing skuad negara di Sukan Asia di Guangzhou itu menyebut kedua-dua bahagian ini akan mengalami perubahan kerana kian gelisah dengan perkhabaran lawan akan menurunkan kesebelasan terbaik dalam saingan Kumpulan A. Saya sendiri ada bertemu Robson (jurulatih Thailand) dan dia mengakui skuad yang diturunkan ketika menentang Laos pada perlawanan pertama lalu bukan barisan utama sebaliknya dipenuhi pemain simpanan.
Senario itu menggambarkan bahawa mereka juga mahu menang apabila bertemu kita nanti. Keadaan itu memang sudah dijangka dan kita juga tidak boleh mengharapkan belas ihsan daripada Thailand sebaliknya perlu bermati-matian di atas padang nanti.
Pemain faham dengan keadaan itu dan setakat semalam, mereka sudah melaungkan tekad untuk mencatat keputusan positif, kata Rajagobal.
Sekurang-kurangnya tiga pemain yang diturunkan ketika melayan Indonesia, 1 Disember lalu akan diketepikan dan itulah yang dijanjikan Rajagobal walaupun dia tiada banyak pilihan berbuat demikian selepas lapan pemain utamanya mengalami kecederaan.

No comments:
Post a Comment