Oleh Adnan Mohamad
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa mengalu-alukan cadangan gabungan bola sepak untuk mencalonkan individu yang boleh mengambil alih jawatan yang dipegangnya supaya arena bola sepak Kelantan dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang.
Selain itu, Annuar berkata, lebih baik sekiranya jawatan Presiden Kafa digilirkan kerana ia mungkin mampu melahirkan idea baru yang boleh membantu pasukan menjadi lebih baik.
Katanya, dalam mesyuarat agung Kafa 31 Disember ini, semua gabungan boleh mempertimbangkan mana-mana individu yang dikira layak untuk memajukan pasukan bola sepak Kelantan pada masa depan.
“Saya ikhlas ingin melihat sesiapa yang boleh membantu Kafa sebab itu saya mengalu-alukan sekiranya jawatan Presiden boleh digilirkan. Kalau dilepaskan jawatan itu, saya masih Timbalan Presiden FAM dan boleh memantau Kelantan serta negeri lain,” katanya.
Pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM baru-baru ini, Annuar bersedia memberikan masa kepada jawatankuasa pengurusan Kafa dan ahli-ahli yang lain memikirkan calon yang sesuai bagi menggantikannya jika ada yang berkelayakan.
No comments:
Post a Comment