Tuesday, November 9, 2010

Skuad Malaysia ceria dalam duka


NORHAFIZ terbaring kesakitan selepas cedera pada lutut kiri ketika pasukan negara bertemu Kyrgyzstan di Stadium Huadu, semalam.
Rajagobal mungkin hilang dua tonggak lagi

WALAUPUN menundukkan Kyrgyzstan 2-1 skuad bola sepak negara terpaksa membayar harga mahal atas kemenangan itu apabila kemungkinan besar kehilangan dua tonggak akibat kecederaan dalam pertembungan penting Kumpulan A di Stadium Huadu, petang semalam.
Penyerang, Ahmad Fakri Shaarani terpaksa diusung keluar pada minit ke-13, dan kapten berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah minit ke-73, gara-gara kecederaan lutut hingga memungkinkan mereka terlepas peluang menentang Jepun dan tuan rumah, China.
Kecederaan dua pemain itu pasti menambah pening kepala K Rajagobal kerana sebelum datang ke Guangzhou jurulatih itu terpaksa melupakan sebahagian besar tonggak, juga kerana kecederaan.

"Walaupun nasib saya belum pasti tetapi saya yakin pemain muda yang mengambil alih tempat saya mampu menggalas tanggungjawab. Saya melihat barisan muda ini mempunyai potensi dan semangat tinggi," kata Norhafiz, 29.

Norhafiz yang disenaraikan pada saat akhir hanya akan mengetahui nasibnya selepas menemui fisioterapi bagi mengenal pasti sejauh mana serius kecederaannya itu.

Rajagobal ketika mengulas situasi itu mengakui kecederaan Norhafiz dan Ahmad Fakri memberi kesan kepada pasukan menjelang pertembungan penting menentang Jepun, esok dan China, Sabtu ini.
"Apalagi yang perlu saya katakan. Saya harap mereka sempat pulih. Mereka adalah tonggak pasukan dan pemain simpanan yang ada semua pemain muda. Jadi, saya akan fikirkan pemain terbaik bagi menggantikan kedua-dua pemain itu," katanya.

Daripada Hussain Said di Guangzhou
hussain@bharian.com.my
2010/11/09

No comments:

Post a Comment